Saya bukanlah seorang yang suka memandu kereta sambil mendengar radio. Entah apa malangnya nasib, saya termasuk dalam kategori pemandu yang mudah hilang tumpuan jika memandu sambil mendengar radio (hehehee).
Namun entah angin apa, entah angin dari mana telah bertiup dan menghasut fikiran saya petang semalam. Ringan sahaja tangan menekan punat radio sebaik sahaja kereta bergerak keluar dari kawasan Putrajaya menghala ke Puchong.
Sambil mata menumpukan perhatian ke arah Lebuhraya Damansara Puchong (LDP) yang mulai sibuk, tangan kiri saya asyik menekan-nekan punat radio mencari siaran yang serasi dengan citarasa saya pada ketika itu.
Tiba-tiba, kedengaran suara manis seorang juruhebah wanita sedang mengucapkan selamat petang kepada pendengarnya. Gerakan tangan saya terhenti seketika. Suara ceria itu meneruskan celotehnya,
“... Jadi, kalau korang kat luar sana ingin mengundi lagu yang korang suka, korang bolehlah mengundi di laman web kami...”
Tap! Punat radio terus dimatikan. Hilang ‘selera’ saya dibuatnya untuk terus mendengar. Aduh, begitukah cara seorang juruhebah radio berbicara dengan pendengarnya?
‘Korang’? Tidak adakah kata ganti nama diri yang lebih sesuai untuk digunakan? Kita tidak menuntut kesempurnaan dengan meminta juruhebah itu menggunakan kata ganti nama Yang Berhormat, Yang Mulia, Tuan, Puan dan sebagainya.
Cukup sekadar kata ganti nama ‘korang’ itu ditukar kepada ‘anda’. Kedengaran lebih manis, lebih sopan dan lebih hormat, bukan?
Mungkin saya boleh dikategorikan sebagai seorang pendengar radio yang sangat cerewet. Mungkin penyampai radio itu sekadar cuba mewujudkan suasana lebih santai.
Namun harus diingat, bahasa itu adalah cermin diri. Bahasa menunjukkan siapa diri kita yang sebenarnya. Penggunaan kata ganti nama ‘anda’ tidak akan mengurangkan konsep santai jika juruhebah radio itu boleh terus berceloteh dengan ceria.
Ah, mungkin juga juruhebah radio itu menganggap pendengarnya hanyalah terdiri daripada golongan remaja sahaja (mungkinkah?).
Apa pun harus juga kita ingat bahawa golongan remaja bukanlah golongan yang tidak harus dihormati. Bahkan golongan remaja inilah yang harus sentiasa didedahkan dengan aspek kesopanan dan budi bahasa sebagai teladan yang wajib diikuti.
Entahlah. Agak kecewa juga rasanya apabila mendengar gaya bahasa juruhebah radio tersebut. Harap-harap, hanya dia seorang sahaja juruhebah yang membuat kesilapan sebegitu. Harap-harap juga, akan ada seseorang di konti radio yang sudi menegur kesilapannya itu.

7 ulasan:
Salam Ramadhan, Cikgu;
Inilah yang selalu ditegur oleh Prof Abdullah Hassan. Orang masih tidak tahu bilakah hendak ber"engkau" ber"kamu", bilakah hendak ber"saudara" dan ber"encik", bilakah hendak ber"Kak Long" dan ber"puan", dsb.
Bagaimanakah perasaan negarawan kalau mereka ikut mendengar celoteh DJ itu? Hah, benda sekecil itu pun nak tunggu ditegur.
marni,
saya setuju..kadang2 bende yang orang pandang remeh lah yang akan menyebabkan kerosakan yang besar!
Bagus tindakan saudari, kesilapan kecil yang diamalkan media akan menjadi budaya jika tidak dibendung.
Marni,
Begitu juga dengan penggunaan, 'kita orang' bagi maksud 'kami' nampaknya kerap kedengaran dalam tv dan radio, terutama bila ada sesi wawancaara dengan kebanyakan pendengar kita. Seolah-oleh perkataan 'kita orang' sudah menjadi kebiasaan dan sudah diterima pakai.
Salam hormat kepada semua.
Encik Zulkifli, satu ketika dahulu saya juga tidak begitu mengambil berat penggunaan kata ganti nama diri sebagai penanda hormat ketika berbicara dengan orang lain. Sejak berguru dengan Prof. Abdullah Hassan baru saya sedar betapa kata ganti nama diri itu sangat penting jika kita mahu menghormati dan dihormati.
Saudara SK, betul betul betul... Budi bahasa tidak boleh dijual beli.
Encik Fathi Ikram, sudah terlalu banyak kerosakan bahasa yang dilakukan oleh para pengamal media sehingga kadangkala sukar untuk kita membezakan mana yang betul dan mana yang tidak. Seharusnya pihak berkenaan peka dengan apa yang berlaku.
Tuan MK, seingat saya seorang guru bahasa Melayu ketika saya bersekolah dahulu pernah memberitahu bahawa budaya 'kita orang', 'dia orang' dan 'engkau orang' ini adalah budaya berbahasa orang Melayu Singapura. Entah bagaimana pula ia boleh berjangkit dan mencemarkan bahasa Melayu di negara kita.
Salam Pn Marni.
Saya sukakan pepatah ini:
1.Banyak udang, banyak garamnya.
2. Lain padang, lain belalangnya.
Kedua-dua pepatah ini menjelaskan adanya pelbagai kelompok dalam lapisan masyarakat. Kelompok-kelompok ini ada 'niche'nya yang tersendiri.
Kepelbagai ragam, resam, budaya, dan amalannya sudah pasti berbeza antara satu sama lain. Jika sama warna antara semua kelompok, mana mungkin wujudnya WARNA-WARNI KEHIDUPAN.
Sewajarnya, dalam pelbagai perbezaan sudah pasti ada persamaannya. Selagi jurang perbezaan yang dibicarakan, sudah pasti item persamaan, akan semakin menjauh. Malahan item persamaan akan ditolak sama sekali (menekan punat utnuk mematikan radio)
Justeru, ada baiknya mencari PERSAMAAN dalam PERBEZAAN.
Saya suka isu ini.. terima kasih.
:: WARNA-WARNI KEHIDUPAN ::
Salam kepada Encik Azlan. Terima kasih kerana sudi berkunjung ke blog saya.
Kita tidak sesekali menolak kepelbagaian dalam kehidupan, bahkan seringkali kita ikut sama meraikan kepelbagaian tersebut. Saya sangat bersetuju dengan pendapat saudara bahawa ada baiknya kita mencari persamaan dalam perbezaan. Saya juga ikut bersetuju bahawa kita sememangnya berbeza kerjaya, berbeza latar belakang kehidupan dan berbeza gaya hidup.
Namun tetap ada persamaan dalam perbezaan itu, iaitu bangsa dan budaya. Saya percaya penyampai radio itu seorang Melayu beragama Islam berdasarkan nama dan perbuatannya memberikan salam. Justeru, saya tetap mempertahankan bahawa sebagai orang Melayu yang berbudayakan Melayu, dia harus mengekalkan adab sopannya kerana itu teras budaya orang Melayu. Hakikatnya, itulah persamaan kita selepas terlalu banyak berbeza dalam perkara lain. Semoga perbezaan itu tidaklah sampai membunuh adab sopan yang sekian lama menjadi teras budaya kita.
Apa pun, terima kasih sekali lagi kerana sudi memberikan pandangan di sini.
Catat Ulasan